PILIHAN RAYA PRESIDEN MESIR PADA DISEMBER

PILIHAN RAYA PRESIDEN MESIR PADA DISEMBER

ISTANBUL: Memetik laporan Agensi BERNAMA-Anadolu, menerusi berita harian, calon yang ingin bertanding dalam pilihan raya boleh memfailkan pencalonan pada 5 hingga 14 Oktober, Agensi Anadolu memetik kenyataannya di Kaherah.

Hamza berkata pemilihan presiden akan diadakan di bawah pengawasan penuh.

Penggal enam tahun Presiden Mesir Abdel-Fattah Al-Sisi berakhir pada 2024, dan beliau masih belum menyatakan hasratnya untuk melanjutkan penggal ketiga.

Tujuh tokoh politik mengumumkan rancangan untuk bertanding termasuk Ahmed Tantawi, bekas ahli parlimen, yang dilihat sebagai calon pembangkang yang kuat jika beliau secara rasmi menyertai pilihan raya terbabit, menurut Anadolu.

Calon yang ingin bertanding mesti mendapatkan pengesahan daripada 20 ahli parlimen atau 25,000 pengundi berdaftar merentasi sekurang-kurangnya 15 wilayah, dengan sekurang-kurangnya 1,000 pengesahan daripada setiap gabenor. -Agensi BERNAMA-Anadolu, BH Online-

Imedikel TV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *