PALMA, Sepanyol: Pemain muda, Fermin Lopez membantu Barcelona seri 2-2 menentang Real Mallorca untuk terus mengukuhkan kedudukan di puncak La Liga.-Memetik laporan agensi menerusi berita harian-
Barcelona dua kali menyamakan kedudukan, Verda Muqiri membuka jaringan untuk Mallorca sebelum pelawat mengimbangi permainan hasil jaringan Raphinha.
Abdon Prats kembali meletakkan tuan rumah di depan, tetapi Lopez, 20, memastikan satu mata buat pasukan pada penampilan keduanya untuk kelab.
Girona dan Real Madrid, di tangga kedua dan ketiga, akan berdepan Villarreal serta Las Palmas malam ini.
“Kecuaian seperti ini tidak boleh berulang. Kami perlu memperbaiki persembahan. Tahun lalu kami cukup ampuh ketika bertahan.
“Hari ini tidak begitu teruk tetapi dua kesilapan ini tidak boleh berlaku lagi – kerana kesilapan sebegitu menyebabkan kami kehilangan dua mata hari ini,” kata pengendali Barcelona, Xavi Hernandez.
Dengan aksi La Liga menentang Sevilla menanti pada Jumaat ini dan pertembungan Liga Juara-Juara Eropah dengan Porto minggu depan, Xavi merehatkan beberapa pemain tonggaknya, termasuk Robert Lewandowski yang pertama kali bermula di bangku simpanan musim ini. – AFP
Imedikel TV