BANTU BANDUAN DAPAT PELUANG PEKERJAAN

BANTU BANDUAN DAPAT PELUANG PEKERJAAN

Nik Nur Zakia Abdullah, Wartawan Imedikel TV

KOTA BHARU: Jabatan Penjara sentiasa membantu banduan untuk mendapatkan peluang pekerjaan yang sesuai selepas dibebaskan kelak.

Ketua Pengarah Penjara, Datuk Nordin Muhamad, berkata setiap bulan hampir 10,000 banduan dibebaskan dan 6,000 daripada mereka akan dibantu untuk mendapatkan pekerjaan di luar sana.

“Kami mensasarkan 6000 daripada 10,000 banduan yang dibebaskan setiap bulan mendapat peluang pekerjaan terutama dalam bidang keusahawanan.

“Kami berharap masyarakat di luar sana dapat memberi peluang dan kerjasama kepada mereka,” katanya dalam ucapan semasa merasmikan Program My Pride Fest Peringkat Zon Timur, di sini, semalam.

Beliau berkata pelaksanaan MyPride Fest itu tepat pada masanya sebagaimana yang diketahui Jabatan Penjara memiliki produk yang berkualiti tinggi selain menawarkan harga yang berpatutan hasil tangan penghuni dari sebalik tembok.

“Tembok yang melahirkan tangan-tangan emas dengan membantu penghuni agar dapat ilmu tersebut dan digunakan dengan sebaik-baiknya.

Justeru, katanya  program tersebut diharap dapat membantu mendekatkan Jabatan dengan pengunjung daripada pelbagai golongan.

Menurutnya, Antara produk yang boleh didapati adalah terdiri  besi, kayu, makanan dan fabrik batik, songket dan Tenun Pahang.

“Salah satu daripada misi Jabatan adalah Entrepreneurship atau Keusahawanan, yakni membangunkan dan melatih penghuni dengan kemahiran bagi menyokong ekonomi setelah bebas nanti supaya menjadi lebih maju dan berdaya saing adalah sejajar dengan objektif program ini.

“Besar harapan saya agar inisiatif seumpama ini dapat dilaksanakan secara berterusan dan mendapat sokongan dari semua pihak,”katanya.

Imedikel TV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *