BOGOTA: Presiden kelab bola sepak divisyen dua Colombia ditembak mati selepas pasukannya tewas Sabtu lalu.
Edgar Paez menerajui Tigres de Bogota sejak tahun 2016, dan dalam perjalanan pulang dari stadium kelab berkenaan, Metropolitano de Techo di Bogota ketika dia diserang dua lelaki yang menaiki motosikal.
Paez, 64, terkena empat das tembakan di leher dan kepala. Dia segera dikejarkan ke hospital namun gagal diselamatkan.
Tigres FC sebelum itu tewas 3-2 di tangan Atletico FC de Cali di laman sendiri.
Motosikal berkenaan mengekori kenderaan dinaiki Paez dan isteri serta anak perempuannya selama beberapa minit sebelum melepaskan tembakan dan melarikan diri.
Menurut media Colombia, dua presiden pasukan bola sepak di negara itu mendakwa pembunuhan berkenaan mungkin berkaitan dengan aktiviti pertaruhan.
Sebelum mengambil alih Tigres FC, Paes memegang saham dalam pasukan lain, Independiente Santa Fe, antara tahun 2004 hingga 2007.
Pada tahun 2010, kelab berkenaan disiasat atas dakwaan mengubah wang untuk kartel dadah, namun Paez tidak dapat dikaitkan dengan operasi bernilai jutaan ringgit itu. – AGENSI, BH Online –
Imedikel TV