4 DIHUKUM MATI, JUAL ALKOHOL TERCEMAR

4 DIHUKUM MATI, JUAL ALKOHOL TERCEMAR

TEHRAN: Iran menjatuhi hukuman mati ke atas empat individu kerana menjual alkohol haram tercemar yang meragut 17 nyawa dengan hampir 200 lagi mangsa dirawat di hospital pada Jun, menurut badan kehakiman.

Iran melarang penjualan dan pengambilan alkohol sejak revolusi Islam pada 1979, menyebabkan penjualan alkohol seludup atau haram berleluasa, dengan ada yang dicemari metanol beracun.

Jun lalu, 17 maut dan 191 lagi dimasukkan ke hospital dengan gejala keracunan metanol selepas minum alkohol tercemar.

Jurucakap badan kehakiman, Massoud Setayeshi, berkata 11 tertuduh didakwa terbabit rasuah berhubung pengedaran minuman keras beracun di wilayah Alborz, barat Tehran.

Daripada 11 tertuduh itu, empat dijatuhkan hukuman mati, manakala bakinya dihukum penjara satu hingga lima tahun, kata Setayeshi sambil menambah tertuduh boleh memfailkan rayuan di Mahkamah Agung.

Jun lalu, pihak berkuasa menyerbu sebuah kilang kosmetik dan merampas lebih 6,000 liter alkohol haram.

Ketika kemuncak pandemik COVID-19 pada 2020, sekurang-kurangnya 210 warga Iran maut selepas mengambil alkohol beracun kerana percaya ia boleh mencegah jangkitan virus itu. – AFP, BH Online –

Imedikel TV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *